Friday, January 24, 2014
Yes.. ujung tahun.. permulaan baru..
dan Hepi CNY ni..
semua bercakap pasal Vitamin B..
B
B
B
B
B
korang dapat banyak kan ??
tahniah tahniah tahniah!
punya lah ramai post kat fesbuk.. dapat camni camtu camni..
i lak tak harapkan pe2 pun.
sebabnya keje kat opis baru ni tak sampai setengah tahun lagi..
alahai...
So.. bila tengok kengkawan post.. rasa cam sonoknye weyhhhh
hekhek..
on the same day pulew, balik keje incekhusben cakap pasal vitamin B dia..
aishhh tensen !
Esok nye.. Eh esok punya esok....
dah nak kul6.. inciksenior cakap harini kena balik lewat cket .. tunggu nanti bos panggil setiap orang..
then dia cakap..
ernie. u dah keje bape lama ye ?
i cakap erm.. tak sampai setahun pun lagi.. so kalau dapat pun maybe dalam setengah bulan kot hehe..
ataupun ikut pro-rate tu yang biasa company buat untuk staff baru kan.
Bukan cam opis lama dulu, leh dapat full masa 1st time dapat bb :)
Bebudak infra dah abes sume kena panggil n diorang dah balik pon,...
Turn i pulew dipanggil,
so turun..
terus masuk bilik bos.. duduk dengan sopan santun sekali sambil senyum penuh makna. kengkonon boleh amek hati bahahaaa..
Ok. Terus bos bagi 2 cheque.
bos bagi 1 cheque untuk salary,...
dan
lagi 1 cheque dia suruh sign kat slip..
i.. cam blur.. n takpaham..
Angka tu macam banyak more than i expected.
i tanya..
are this different cheque ? or what?
bahaahahaaa.
Then bos cakap..
'Ok.. this one is for your revised salary. and this one is your bonus earnings for 2013.
You have a very good attitude. among the best. we like it.
and your performance ok. Good. '
Masyallah.. Lagi dupdapdupdap jantung nih..
Alhamdulillah...
^________________________^
Ok la jugak kan.
Maksudnya bos nampak la jugak i bertungkuslumus keje ecececeh :P
tak sia sia incek somi penah teman keje kat opis sambil tertidur kat sebelah,.
Yes. bila dah pindah sini.. ofis kecik tak sama cam ofis dulu. ada ramai orang. ramai senior. ramai kawan.
kat sini kteorang tak sampai 20orang pun. senior pun tak ramai. kalau dah tak taw nak tanye sape boleh straight jumpa bos. kalau dulu x beghani aishh nak jumpa bos 2 3 kali sehari hahaa
Tapi alhamdulillah. Syukur. kat sini lebih banyak belajar. dari A - Z.
dalam ofis n site. pergi meeting. pergi site inspection.
dan buat keje bukan fokus on 1 project je walaupun terlibat dalam projek besar cam high rise.
Boleh keluarkan pendapat. perlu bagi solution on site if ada problem.
dan yang pasti civil n structure engineer ... kena taw apa yang kita buat. kenapa sagging hogging moment kat situ. kenapa tension n compression kat situ. Kenapa kenapa kenapa. dan kita mesti ada jawapan nya.
perlu. dan mesti kena tahu.
dan taw detail drawing yang kita keluarkan itu bukan setakat dalam drawing tapi on site jugak. sebab nya , orang orang site hanya ikutdrawing, dan kita kena cek balik apa yang dorang pasang tu ikut atau tak. betul atau tak lapping yang kita bagi. etc.
bla bla bla... ~
Sebab itulah kita kena belajar. dan terus belajar.
Life long learning.
My incek senior kat sini sebenarnya sebaya. same age.
Tapi dia dah associate uolss....
memang jauh beza lah jarak pemikiran, pencapaian dan sebagainya.
walaupun dia agak kepoyoan, mihmihhmih :P im still proud of him. tak terfikir apa yang dia fikir untuk selesaikan structural works. erm.. sebab tu la dia leh jadi bos ye dak ? heehe
ok. jadinya.. kita kena ikhlas bekerja. dan rajin .
Insyallah. apa yang kita impikan boleh tercapai satu persatu. sikit sikit lama lama jadi bukit.
ye dak ?
A dream doesn't become reality through magic;
it takes sweat, determination and hard work.
-Colin Powell
Labels: NewLife
2 comment(s)
Sunday, December 29, 2013
Assalammualaikum.. ( janganlupa jawab ye awak ehhee :P)
Sejak inciksomi terdapat taw pasal belog ni.. TERDAPAT ?
errr...
abes ...dia la orang pertama STALK je.. hailaaa..
dah xde privasi dari dia mihmihhmihhh
pindah sini keje dah makin bertingkek tingkek. jadi dah jarang untuk membuka lappy. o menggunakan cik puteh untuk type panjang panjang dan panjang. harharhar,,
dan sempena bulan cinta ni hikhik.. bulan december. bulan kawen kawen ni...
tiktoktikitok.. x sangka kiteorang dah setahun jadi suami dan isteri.
Alhamdulillah..
Sebenarnya...ai nak sepraiskan inciksomi.. punyela macam macam i gugel.. tahun ni neves dia lain gile...
*len maciammm bak kata emet n cikcom.
hahhahahhaha..
29 Disember 2013 tarikh nikah kiteorang. Dan esok hari jadi husben :)
haritu plan nak g sini lah situ lah.. nak g Legoland lah..
tapi bila fikir balik dari g Legoland baik g USS kan. harga lebih kurang je.
dan g USS ni lagi murah sebab elok pulak tengah ada promotion n ada free gift lagi walaupun tengah peak season...
(yang pasal g ni nanti boleh share next time :)
dan sabtu malam tu inciksomi suruh g naik tido dulu sebab dia nak tengok bola. i lak dah mengantuk sangat tadi temankan dia tengok tv sambil tertido kat sebelah.. pastu dah rasa sakit badan so naek la atas.
dah dalam sejam pastu kot..
terjaga.. tengok incik somi tak naik lagi pun.. So g la turun bawah...
Then dia cakap.. masa tengah turun tangga....
la... kenapa turun...
i pun pelik la.. terus g kat dia..n bermula lah drama seprais dia yang dah tak bape nak jadi bahahahhahaaaaaa....
Ok. xleh cite. nanti dia malu hekhek
Tadaaaa..
Taksangka ada santa claus nak bagi hadiah.. walaupun terlupe nak gantung setokin kat lua :D
Happy 1st Anniversary !!!
Semoga hubungan ini dirahmatiNya dan kekal hingga ke akhir hayat.Cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah. Jadi kita kena jaga cinta ini kerana cinta ini amanah dari Nya.
♥ MatSekoleh & Eghenie ♥
Labels: ♥ CikC0klat ♥, inciksenget, love, m.e, WW ツ
1 comment(s)
Friday, November 15, 2013
Pabila larut malam.. sutsuaa sut suaa ~ ~
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi belum dikurniakan rezeki.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan
berterima kasihlah kepada
Tuhan bahawa
kita masih hidup !
Bukan kah kita kena percaya yang Allah akan turunkan dugaan kepada hambanya setimpal dengan kemampuan diri?
Kan. ", #selfreminder #sharepost
Assalammualaikum..
Salam Jumaat. Love !
-- Nah. Cucimata gambar g Bangkok bulan lepas. kemain balik hari je hikhik!
♥ ♥ --
♥ TheMatSekoleh & Eghenie ♥
Labels: CuciMata, m.e, Makan2♥, MutiaraKATA
0 comment(s)
Monday, October 28, 2013
Sebenarnye..
Sebenarnyee..
Saye dalam dilema sekarang ni.
Banyak benda tak terkejar..
Jadi. .
Perlu istiqamah lagi..
Dengan bersungguh sungguh..
Oh..
Ya Allah..
Ampunilah hambamu yang kerdil ini..
Seronok nye jadi penyu. Golek golek.
1 comment(s)
Sunday, September 29, 2013
TULAH
TULAH
TULAH
haaa.. taw dak pe maksud tulah tu?
bukan nak cakap 'yang tu lah...' *sambil tunjuk kat sesuatu..
tapi TULAH..
kat sini bermaksud.... kita nak buat orang tu, tapi kita yang kena balasan nye ..
haha lebih kurang la.. kalau nak baca dari maksud sebenar dia leh baca kat
SINI :)
Tapi ayat tulah ni kteorang selalu gunakan antara somisteri je..
suke suke :P
tapi yang selalu kena.. asyik sang isteri je sobss sobss..
tak aci betul.
Contohnya, satu malam tu..minggu lepas.. inciksomi tanya pasal I-beam ..channel n so on yang berkaitan dengan steel structure.. i jawab pasal RC structure.. (cam ayam n itik sembang)
i cakap xbuat steel lagi.. dia tanya kenapa tak buat. kan ade belajar.. bla bla bla..
then malas nak layan dia borak2 pasal steel tu hahahha
sebab nye RC and Steel bukan benda yang sama,..hekhek..
i tak penah design steel. n TAK Suke.. Sebab nye.. mengarut. banyak kena pikir, hakhak. memeningkan kepala.,..
sebab projek dia semuanya yang melibatkan steel ..
TUp Tupp..
Keesokkan harinya..
tetibe fon call dari BOS suh masuk bilik dia..
dia suruh buat Steel Truss untuk carporch ..
MAk oihhhhh...
Betapa cepatnye BalasanMU Ya Allah.
Menggigil i amek task dari bos tu.. Tapi syukur. Sebab Allah selalu selamatkan hambaNya.. Dia akan bagi ujian/dugaan yang mengikut kemampuan hambaNya..
Iaitu. Bos yang ajar buat ini buat itu.. Dari 0 sampai siap. hehee..
Dia ajar guna software Staad Pro. Dia ajar guna Fastrak. yang mana sebelum ini tak pernah cuba pun kecuali masa study dulu harhar..
Naseb baek bos tak segarang bos dulu. So. saya memberanikan diri sehari tu buat steel design je.. fahamkan. n terus bagi drafter tolong lukiskan.. n masa yang sama.. gugel jugak nak tengok steel truss ni camne sebenarnye.. selalu tengok tapi tengok cam cam tu je.. tak detail.
n tak pernah pun suh inciksuami tolong ajo ! alahai awak..pasni please tolong ajar daku :D
dan dan dapat buku ni dari senior.. suh setadi..hakhak. !tq lah :)
Dan bukanlah setakat itu je TULAH yang selalu kena..
ada bebanyak lagi..
haha.. contohnye..
i selalu ejek.. err.. bukan ejek..
tapi mengajuk balik pe dia cakap..
contohnye..
kalau dia..
erk..erk.. (bunyi keluar kat mulut tu akibat angin dalam badan)
bila i mengajuk je... malam tu jenuh i lak yang de angin sampai dia kena picit2kan badan ni...
hahha bahana.
dan tetapi.. kadang kadang dia yang mengajuk i sama.
ceihhhh.. tapi dia jarang kena ketulahan itu.. PENING kenapa dia tak kena? T-T ehehehehh
dan yang pasti sekang ni i de satu penyakit yang dah terdatang pas kawen ni. iaitu. penyaket tersasulsasul. dan tentulah dia orang yang paling suke bile i selalu je terTYPO cakap., bahahaha! ceihhh
dan dengan itu wahai isteri isteri sekalian.. jangan lah sesekali anda menderhakai suamimu sekalian.
ecececeh.
peace!
Salam sayang. Xoxo !
oowhh.. sungguh. perasaan merehatkan diri antara satu sama lain. baring atas batu sambil melihat langit..sambil lihat pokok kelapa..
sambil lihat burung burung berterbangan..
sampai la langit bertukar menjadi jingga..
itu sangat syahdu.
Sungguh.
1 comment(s)
Saturday, September 7, 2013
' Hidup
adalah bukan suatu perjalanan yang mendatar atau bergerak linear. Ada
lika-likunya. Ada suka dan duka. Ada kejayaan pada satu waktu,
kadangkala kegagalan di waktu lainnya.
Bahkan iman kita, “yazidu wa yanqus” pada suatu saat naik, suatu ketika ia menurun.
Maka mempertahankan azam dan cita-cita adalah kekuatan yang membuatkan manusia mampu bertahan dalam hidup.
Memiliki
harapan yang akan digapai adalah bahan bakar yang membuatkan kehidupan
kita tetap menyala. Walaupun cita-cita itu telah tercapai, buatlah cita
yang lebih tinggi lagi.
Walaupun harapanmu telah kau gapai, buatlah harapan yang lebih besar hendak kau gapai.'
Ya. sangat betul. Hidup kita ni ada liku likunya yang perlu kita lalui dari hari ke hari detik demi detik.
Ada masanya kita mungkin akan rasa bahagia .. macam rama-rama terbang sekeliling kita sambil berlari lari anak di tepi pantai. *ade ke rama rama kat pantai ?
dan ada masanya kita akan rasa sedih. rasa tak mampu untuk hadapi dugaan yang datang.
Percaya lah bila kita ditimpa kesusahan. ditimpa rasa sebegini.. DIA SAYANGKAN kita sebenarnya
mungkin ada silap kita di mana.
dan percayalah itu semua ujian dariNya supaya kita tak mudah alpa.
mungkin kita tergelongsor sedikit dari landasan..
Bila orang yang terdekat dengan saya hadapi masalah. dan masalah itu bukan lah masalah yang bila kita tanya pada diri sendiri ' Kalau la jadi kat aku, boleh ke aku tempuhi???
im speechless.. berfikir apa yang patut ditolong. apa yang perlu dilakukan. apa tindakan yang terbaik.
Bila kita tak fikir panjang, dan buat keputusan dengan terburu buru.. Macam macam hal boleh terjadi.
Dan pabila kita menggunakan emosi. Bila kita menggunakan hati untuk buat sesuatu keputusan drastik.
Dalam hidup...
bukan macam dalam design bangunan yang hari hari dok mengadap tu... kawan..!
Kalau lah design leh buat keputusan menggunakan hati dan perasaan.
TAHNIAH la para para inginiurrr...
Apa apa pun kita kena gunakan otak akal fikiran kita yang nampak je cenonet ni tapi MasyaAllah kuasa Dia.
mengawal fungsi segalanya.
Tolonglah para manusia sekalian alam... berfikirlah.. bertindaklah dengan akal fikiran yang dah dianugerahkan.
Saya? jangan tiru saya.. bila terkecik hati dengan sangsuami... dah boleh merembes air ketuban mata nih.. sobs sobss sorang sorang..walhal mungkin benda benda remeh je..pastu ok sendirik. kalau suami takde kat depan mata baru la rasa alamak..nape la wat muke merajuk comel comel tu hehe cam kelakar pun ade hehe.
Tapi jangan risau sampai sekarang cuba ingatkan kat diri sendiri jangan terlalu hidup dengan emosi..
tak kan sampai kemana..
BETUL. Hidup bukan untuk KALAH. Wallahi.
Kalau kita jatuh, Bangun lah.
dah.. sudah tu...
dah azan.. Salam Maghrib.. Assalammualaikum.
meh layan perut Opss sorry bagi anda anda sekalian terliur.
hakhak ! ♥
xoxo
ok. resepi next entry menyusul , miuuuuumiuu
♥
Labels: love, MutiaraKATA, NewLife, wanita
4 comment(s)
Monday, August 12, 2013
Najib pakai kereta,
Rosmah pakai cincin,
Selamat hari raya,
Maaf zahir batin.
Hehe.. ",
Alhamdulillah. Kami selamat balik kampung. N selamat sampai ke jb balik tepat jam 12 malam tadi.
Raya pertama ni kat perak. Seronok bangat. Dapat kumpul ngn adik beradik. Pergi beraya umah sedara mara. Dengan sang suami hoho
Tapi yang tak berapa nak best... Tak dapat nak beraya uma kawan2 lama cam selalu buat.
Diorang pun sama. Masing2 dah ada komitmen. Tambah kalau kena balik 2kampung. Ni seb baek la sebab duduk dengan f.i.l so leh la beraye sakan kat umah mak sendiri hihi. Ni la pro n cons bila dok jauh. Erm ok jugak tuh. Leh setiap tahun balik raya kt sg.siput. Ye dak inciksuamikusayang?hee... Marah betul dia kalau cakap balik setiap tahun ni. Haha..
Bila nak cuti haritu. Rasa makin cepat Ramadhan tinggalkan kita kan..
Cepatnya sebulan berlalu. Taraweh pun x penuh wuuu..
Raya tahun ni walaupun 1st time dah tuka status. Persiapan kiteorang simple jak.. Baju raye pun xde la kalut beli. Baju pun sebenarnya dah beli lama. Da pakai kua jalan baju tu. Sebab 2pcs. Top boleh pakai ngan suar..then rasa cam malas nk beli baju raya.. So carikan baju untuk inciksuami kaler yang sama.. Haa. Jumpa. Setel. Eh.
Raya ke empat tahun lepas ialah hari kami bertunang. Baju tunang tu pun itu sekali je pakai masa tu hikhik. Ingat nak pakai balik masa raya ni. Tapi dah x sempat.. Cuti sat je wuu..
Pe yang buat semua share. Sharing is caring kan. Inciksuami awal2 da buat kira2 untuk raya. Duit tol. Duit minyak. Duit raya. Duit jajan2. Belanja ni belanja tu. Takut over budget.. Almaklumla.. Balik ke utara nun T-T Tapi sebenarnye memang dah terover. Balik kampung banyak betul pakai duit. termasuk lah bagi duit raya to those not in the list. Takpelah duit leh dicarikan. *ayat dia hee.. Syukur bila dapat hulur sikit sikit.
Raya ni kan...
Ada sekali je dapat makan ketupat. Huu. Umah orang2 lain dah x buat pun ketupat. Padahal ni lah yang dicari2.. Sobss..
Malam raya tu. Buka puasa last ramadhan kiteorang g teluk intan berbuka dengan family inciksuami yang datang perak jugak. Seb bek diorang ni orang perak gak.kan.
Dia yang paling best sebab dapat makan rendang itik. Kalau x balik mesti kempunan ngehngehhh..
Sedappp rupanya rendang itik. Taw dakk..
(;
Gambar2 ngan fmly sume dalam camera. Ni je ads satu screen shot dari fb anak buah.
Eh. Ngan keluarga inciksuami yang xde... Ermm xpe2 raya haji nanti ye awak? ",
Dalam pada saat kita sambut raya.. Ada jugak mereka yang tengah bersedih..
Kepada sahabat baik saya diuji dengan seseorang yang memungkiri janjinya disaat2 akhir... Kuatkan semangat ye cik. Janji Allah itu pasti.
Anak buah abang ipar pun kehilangan suami masa nak dekat raya haritu.. Eksiden. Uih bila dengar ni. terbayang kalau jadi kat diri sendirik.
MasyaAllah.
Masa dengar tu. Terus tercakap dalam hati.
' Ya Allah. Biar apa yang terjadi biarlah aku yang pergi dulu sebelum suamiku' . Eh. Ni dah jadi doa. eh.?
Sebab...
Ermm..ntah. Mungkin takleh hidup tanpa dia tapi dia mesti boleh... Erm.erm...
Astagfirullahallazim..
Kepada cik nad yang kehilangan nenek kesayangan pada 2 syawal. Takziah. Allah lebih menyayangi arwah. Semoga arwah di tempatkan dengan orang2 yang beriman.
Kepada sesiapa yang baca..sedekahkan Al-Fatihah sama2 ye.
Ye. Bila kehilangan seseorang yang kita sayang. Kita akan rasa banyak benda yang kita x sempat nak buat. Banyak kenangan bersama kan.
Dan. Sebenarnye.. Sedih jugak tahun ni x dapat beraya dengan abah.
Abah dah pergi jauh.
Jauh tinggalkan kami anak beranak.
Tapi saya kuat. Mak pun kuat. Kena la tabah kan.
Jauh di sudut hati ni. Tetap sayangkan abah tak kurang setitis pun kasih sayang tu.
Xpe lah. Orang kata kalau rindukan seseorang baca Al-Fatihah jugak sambil bayangkan dia supaya dia taw yang kita rindukan dia seikhlas hati.
Insya Allah.
Eh. Rasa sebak pulak. T_T
Teringat pulak masa singgah ofis lama haritu..
Ada lagi orang yang x suka kite ni sobs sobs..
Xpe la..
Kalau dengan kebencian itu leh buatkan bahagia.teruskan lah. Saye di sini redha.
Redha itu kan bahagia ♥
K.bai. Jangan nak sedeyh sangat cek er.oih. Meh tengok si comey ni. Kalah kak ton taw. Bahahhaaa.. semua ini poyo bak kata najelin . harhar.. *baju oren nampak gemoksangat lak.padahal dah turun 3kilo wokidokie. hikshiks.
Dengan kerendahan dan keikhlasan hati. saye nak mintak maaf zahir dan batin kepada sesiapa juga secara langsung dan tak langsung atas apa jua kesilapan yang disedari mahupun tak disedari. tersalah bahasa. terkecilkan hati. termakan. terminum. terkata. tergossip. tergelak tak kena tempat. tersalah komen. terjeleng. ter ter ter..ter segala galanya. maafkan lah manusia kerdil ini yang tak pernah lari dari kesilapan. Moga
Allah jaga kita. Pelihara kita.
Kepada my zauj. i love u more than words.
Awak taw saya sayang awak camne. hari2 kita ucapkan 3kata tu setiap kali lepas salam. setiap kali sebelum tido. setiap kali awak keluar keje. setiap kali awak hantar saya. harap sampai ke tua. sampai gigi rongak rongak. teheee =.= semoga perjalanan hidup kita diberkati
Nya.
Dan hari hari saya minta maaf setiap kali lepas solat tu memang saya maksudkan. saya harap xde perasaan marah langsung dalam hati awak kat saya setiap masa kita. walaupun saya taw banyak kali wat awak marah tu kadang2 nak manjewmanjew jew. hehee.. harap perasaan bosan takkan pernah hadir.walau ia datang sepintaslalu secuit sedass..harap kita sama sama tangani dengan kedua belah tangan tarik pipi masing masing. supaya kita sedar dari kealpaan dunia.supaya kita sentiasa mempertingkatkan diri. macamtu jugaklah jika apa jua dugaan yang datang.
Can't wait to complete our own family.
Insya
Allah. ♡
Assalammualaikum. illa'liqa.
Xoxo.
Salam aidilfitri,
ErnieZaidatulAin
9 comment(s)
REWIND ME THE PAST