Thursday, March 8, 2012
~ KL banjir lagi. 2012 ~, 23:02
Assalammualaikum.!
hye hye hye...adakah korang da tengok berita tentang banjir teruk nih?
dengar radio? sampai jalan kat KL pun jam?
ohh..kiteorang sangat beruntung walaupun takde tv lagi kat umah ni lagi tapi ofismet sangat baik hati share info~info yang bagus dengan forwarded email kepada semua APECians.. :)
* hepp.. kenapa font tu dikecilkan? -______-
Okeyh jom kita share kat sini pula ye supaya mak jemah berhati~hati bila keluar nanti..
sediakan payung sebelum hujan ye mengkeme~mengkeme hehehehe ~
Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)
Dikeluarkan pada: 10:00pm pada 07 Mac 2012
SEKSYEN A : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 07:51pm pada 07 Mac 2012
Amaran Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Batang Padang, Hilir Perak dan Perak Tengah), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan WP Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga tengah malam, Rabu, 7 Mac 2012.
Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.
SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikemaskini pada : 10:00pm pada 07 Mac 2012
Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kampar dan Manjung), Selangor (Daerah Kelang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Petaling), Negeri Sembilan (Daerah Jempol, Seremban, Rembau, Tampin, Kuala Pilah dan Jelebu), Perlis (Daerah Arau, Kangar dan Padang Besar), Kedah (Daerah Alor Star, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Langkawi), Pahang (Daerah Raub, Bentong, Bera dan Temerloh), Johor ( Daerah Ledang dan Segamat ), Melaka (Daerah Alor gajah, Melaka Tengah dan Jasin) dan Sarawak: Bahagian Miri (Daerah Miri dan Marudi) dijangka berterusan sehingga tengah malam, Rabu, 7 Mac 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Selangor (Daerah Kuala Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Daerah Port Dickson).
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.
Sumber : Malaysia Meteorological Department
..Kuala Lumpur..
... Ampang...
..Hulu Langat..
...Bangsar...
...Bukit Bintang..
..Jalan TAR..
...Jalan Yap Kwan Seng..
..Kg. Baru
..Kg. Lembah Jaya Utara..
..Kg. Melayu Ampang..
..Kuala Lumpur..
..Kuala Lumpur..
..Masjid Jamek..
Menara OUA..
..Pavillion..
...Dataran Merdeka..
Sekarang ni tak kira tempat, tak kira apa jua keadaan banjir boleh berlaku..Ini la yang dinamakan banjir kilat.
Banjir Kilat ?
pe tuh ?
Haa.. banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau yang tidak dijangka dan disangka-sangka.
Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian.
okeyh okeyh..menurut sumber dari pembacaan, faktor berlakunya banjir kilat ini adalah disebabkan air hujan yang berterusan dan menyebabkan kawasan rendah dipenuhi dengan air dan akhirnya melimpah keluar.
Dan jika kita lihat kenapa banjir kilat ni boleh terjadi di kawasan bandar? sebabnya mudah je ..
* petik jari kalau orang tanya taw taw..
Ini disebabkan oleh arus pemodenan yang berlaku sekarang ni.. apa kena mengena ek ?
Haa... arus pemodenan berkait rapat dengan proses perbandaran contohnya kawasan tanah rendah ditebus guna, anak sungai ditimbus sebagai tapak bangunan, hakisan sungai, tanah tebing runtuh, dan yang pasti adalah aktiviti manusia yang tersangatlah suka membuang sampah sarap ke dalam sungai!..
hailaaa.... so semua ini akan menyebabkan pengaliran air akan tersekat dan sungai menjadi cetek secetek-ceteknya.. kalau la korang g jenjalan kan.. scenery memang dah santek lagi bergaya sambil wat peace! ^^
tapi bila tengok condition sungai..adehh sedih malaysia *bak kat abang boboy:P..
sungai tu menangesss weyh! siyess.. ;(
Dan sebagai seorang struc. eng., yeapp saya akui sebenarnya sistem perparitan di Malaysia tidak cukup sempurna lagi dan kegiatan pembangunan dijalankan dengan tidak terancang ..
*suka-suka je nak cakap kan haha..
owhh tidak.. ini masih dalam ingatan saya last sem dulu ..
Menurut sumber JPS, sistem perparitan di Malaysia tidak cukup besar dan kurang efisyen dengan keadaan semasa..sebab diorang memerlukan banyak data contohnya drain size, invert level iaitu aras pembalikan : aras yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit ke parit yang lain, peratusan kecerunan, dan jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan. n so on.. *dah tak ingat yang len hee ~
p/s : erm betul tak cik sha..ingat senang ke nak design drainage ni kan cik sha ? hehe
Dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga akui semua yang terjadi adalah disebabkan dari kita sendiri.
Jika kita sendiri tidak mengambil langkah berjaga-jaga dan pihak-pihak yang terlibat melakukan aktiviti-aktiviti pembangunan dengan terancang dan memelihara kelangsungan alam, masalah camni mungkin takkan berterusan. Dan yang pasti fenomena alam ini adalah rahmat dariNya.. So marilah kita bersama-sama jaga bumi dengan baik baik dan baik..
# ohh rindu nak pakai kostum bumi masa sketsa Save The Earth dulu hehe :) #
Opss.. sekian sahaja berita hari ni..
kecian mak jemah nak berjalan hujung minggu ni kan..dok kat uma je ye wat kerepek pisang! ^^
Terimakaseh dan selamat malam dunia ..!
^___________________________________^
Labels: korang dah tau?
6 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE