Wednesday, March 28, 2012
Hai hai hai ...ini adalah peneman tuan hamba beradu setiap malam..
nama dia cik pepel^^ ♥
Neonetics ataupun neon merupakan sejenis unsur kimia dengan simbol Ne dan nombor atom 10.
Ia merupakan salah satu gas dari gas adi. Gas neon digunakan untuk lampu berwarna yang digunakan dalam lampu iklan, dan di lapangan terbang sebagai lampu isyarat pelepasan dan pendaratan kapal terbang.
Apabila arus elektrik mengalir melalui lampu neon, cahaya berwarna merah jingga akan terhasil.
* tengs unkel wiki ! ;)
Ala.. yang selalu kita nampak poster ke..signboard ke..wall clocks..yang menggunakan lampu neon dan L.E.D yang sangat cantik dan sangat warna warni ^^ * yang kita pernah belajar n guna masa sekolah menengah tu dalam kelas Kemahiran Hidup.. ingat tak ? :D ting!
takpun cam dalam lagu Neon - Kumpulan Hujan tu hehehehe
Tapi sebenarnya nak share pasal penggunaan lampu yang jimat tenaga..
F.y.i, lampu jimat tenaga yang dikenali dalam sebutan lampu neon, lampu CFL (Compact Fluorescent Lamp), adalah di antara jenis lampu yang banyak digunakan untuk menggantikan *lampu pijar biasa tu..
*mentol yang kaler kuning tu yang ada filamen-filamen yang sangatlah terang menyala dan boleh rasa kepanasan di sekeliling..taw kan ?
Okeyh..paling penting kita kena tahu berapa watt lampu yang digunakan.
Watt besar tak beerti lampu tu lagi terang, tapi watt besar tu jugak akan membuatkan bil elektrik setiap bulan akan melambung lambung hee ~
Yeap memang la lampu LED/neon adalah lebih mahal.. tapi ...
Ia adalah sangat efisyen berbanding lampu biasa, sebab apa?
sebabnya lampu jenis ini mengeluarkan haba yang sangat rendah, turut menghasilkan cahaya yang terang dan paling penting sekali gus dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, CO2 ke alam sekitar. Dan juga dapat mengurangkan kadar global warming sebanyak 50% sepanjang masa. Lampu L.E.D ni juga mempunyai jangka hayat yang lebih panjang iaitu 35000 jam manakala lampu dapat bertahan 5000 jam je..dan mampu mengurangkan kos penggunaan.
Untuk tambahan , lampu ini mempunyai ballast elektronik yang berfungsi sebagai pembatas arus di mana tenaga listrik yang diambil oleh lampu akan tersaring terlebih dahulu dan tidak akan terus menuju ke kawat pijar lampu sebagaimana lampu pijar biasa tu..
Haa..dengar tu kengkawan kengkawan sekalian, sekurang-kurangnya kalau kita pakai lampu jimat tenaga ni, kita dapat membantu bumi kita bernafas dengan baik.. dan juga dapat membantu poket-poket mak ayah dan poket sendirik jugak :)
contohi lah macam cik pepel saya nih weee ~
tak panas, cantek, sangat comey, sangat calm..
peneman yang terbaek setiap detik malam :)
Opss dah gelap..mau tido !
tata ~
Satu kenyataan dalam artikel ;-
"Percaya atau tidak, seorang pengkaji Sweden menyatakan, buah tomato yang dipancarkan dengan cahaya LED mampu menghasilkan rasa yang lebih sedap berbanding dengan cahaya lampu konvensional," ujarnya mengakui lampu LED mempunyai potensi untuk dimajukan dalam pelbagai bidang pada masa depan.
Selamat malam dunia.!jangan lupa sama-sama kita selamatkan dunia ye! ♥
Labels: ♥ CikC0klat ♥, CikKamu
2 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE