Assalammualaikum..
Ada satu kisah..
Si gadis A seorang yang sangat baik dan penyayang.. Sanggup menghabiskan masa jaga famili.. Tanpa memikirkan diri sendiri..kehidupan sendiri.. Perasaan sendiri.. Yang kadangkala teringin untuk punya sesuatu seperti orang lain..
Dan si gadis A mempunyai seorang kakak yang bernama B.. B Sangat baik jugak.. Seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa.. Suatu hari.. Si kakak hilang tanpa kabar berita.. Mereka mencari ke sini ke sana.. Rupa rupanya si kakak sudahpun berkahwin.. Dengan seseorang yang tak sepatutnya dikahwini.. Yang tak logik di akal..
Tapi si gadis A tetap kuat membantu keluarga. . Mengambil kembali hak keluarga yang telah dirampas secara sangat sangat 'baik' oleh suami si kakak..* yang sekarang tidak diketahui lagi pernikahan yang dijalankan sah atau tidak..
Setelah beberapa peringkat sukar yang dilalui.. Akhirnye keluarga si gadis A telah berjaya mendapatkan si kakak B. Walaupun dalam keadaan terpaksa.. Dalam ketidakrelaan si B demi masa hadapannya.. Si B dalam keadaan yang unconsious. .
Yang tak dapat terima apa yang terjadi dalam diri dia.. Fikiran dia bukan untuk keluarga yang dah lama membesar bersama sama.. Bukan untuk si ibu yang menanti dia.. Yang bertungkus lumus menjaga sejak dari kecil lagi...
Dan setelah kembali pulang ke pangkuan keluarga.. Si Kakak B telah dibawa untuk memulihkan ingatan.. Memulihkan semangat...
Tapi apakan daya.. Si B nekad untuk bersama lelaki yang telah diangkat sebagai juara hati nya bersama isteri2 yang lain.. Ye dia memilih lagi jalan itu.. Dia cuba untuk lari..dan lari..
Lari dari keluarga.. Kerana baginya keluarga dia adalah dengan suami dan madu2nya.. Bukan keluarga yang sekarang..
Oh si ibu pitam..pengsan.. Terkulai..
Pernafasan terhenti..
Tapi si kakak B hanya menoleh tanpa berkata apa lalu pergi lagi walaupun telah ditahan oleh si gadis..
Si gadis meraung melihat ibunya terkulai dek perbuatan kakak yang tersayang..
Tapi Allah Maha Besar si ibu bangun..
Memanggil nama anaknya..
Tapi dia.. Dia.. Sangat nekad.. Untuk pilih kembali jalan yang dia mahukan..
Takpe si gadis A.. Si ibu.. Biarkan dia dengan dunia dia.. Pasti suatu hari.. Dia pasti menyesal dengan segala apa yang dia dah lalukan kepada keluargamu..
Si gadis A.. Teruskan ketabahanmu..kekuatanmu..
Kepada si kakak B. . Teruskan lah perjuanganmu dengan keluarga baru yang dijulang...
.............................................................
..............................................................
Sigh.............
Sedih bila dengar ini lagi..
Sedih bukan sebab si kakak B.. Tapi sedih apa yang dilakukan terhadap si ibu..
Teringat mak.. Sedih kalau mak sedih..
Kadang kadang terbuat mak sedih, kecik hati. . Kalau tak minta maaf dalam masa 5 minit pun.. Hati rasa tak tenteram apatah lagi untuk buat dia sedih lama lama..
Tapi kenapa masih ada lagi manusia yang sanggup buat seorang ibu menangis?
Kenapa dan kenapa?
Bila keluar tertengok seorang makcik tua kayuh basikal ke.. Tunggu bas sorang sorang ke.. Takpun orang tua yang minta sedekah belikan keropok dia ke.. Alahai.. Sedihnya hati.. Luluh.. Kalau la mak kena buat semua ni seorang diri camne la agaknya huuuu
Dan bila bergerak sendiri..padahal sorang2 nak balik ipoh pun terasa kalau boleh taknak mak rasa susah camni..
Mak selalu pesan.. Kalau boleh kita kena jaga hati orang tua ni macam jaga hati sendiri.. Kalau tak nak hati menangis.. Macam tu jugak jaga hati orang lain.. Dari segala percakapan..perbuatan.. Tapi kita manusia biasa yang degil..kadang2 terbuat jugak orang sekeliling marah.. Jaga percakapan jangan pikir diri sendiri je. Ye.. Memang ada sesetengah orang tak berupaya untuk jaga lidah dia.. Sebab mungkin dia tak fikir disebabkan lidah..dia mungkin akan kehilangan segala galanya..
Ingat lagi masa nak btaw mak nak bertunang haritu... Sembang sembang..mak terus cakap pasal mak mertua.. Mak cakap kena jaga hati mak mertua tu lebih dari mak sendiri.. Sebab mak ni da lama kenal perangai anak dia..
Mak..kalau alg x dapat jaga hati mak elok2 macamana alg nak jaga hati mak orang lain..
T _ T
Waaa..sedih rasa.. Tolong la kawan kawan.. Jaga hati ibu kita sementara masih ada hayat dia. masih kita dapat bahagiakan dia .. Walaupun kita taw yang kita tak dapat balas segala apa yang dia dah lakukan pada kita sedikit pun..
1 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE