Sabtu lepas di Pasir Gudang.
Sabtu 2 minggu lepas di Sg. Siput Perak.
Sabtu 3 minggu lepas balik jb..
Incoming wiken ni inciksenget lak datang sini.
Ok.. Camtu lah rutin mingguan cik er..
Letih? Mestilah..penat. Tapi penat yang membahagiakan. Camtulah bila pjj. Bila wiken je leh menjalankan tugas sebagai seorang cik isteri. Baru dapat kemas umah. Kemas bilik sang suami. Masak je x selalu lagi. Sebab umi masak lagi soosodap. . Wehuu! Yang pasti baru dapat solat sama sama. Dari subuh sampai ke maghrib. Isyak? Saye bole jamak ",
Sabtu haritu... Ntah kenapa badan rasa cam flat gile cam bateri dah kong tu..kul8 lps solat2, mintak izin kat inciksuami nak tido kejap sebelum turun tengok tv. Tuppp terlena sampai tepat kul3pagi... Ermm. Gerak situ gerak sini..Dah takleh nak tido... Gerak dia.. Hehe sory awak ;P
Ohh. teringat.. kalau banyak sangat bergerak dia akan cakap 'awak ni macam ulat' harhar. Ulat pon booooleh lah :)
Kiteorang bangun solat dulu. Solat sunat tahajud. Pas tu solat sunat taubat.. Ni 1st time nak solat malam sama sama. Dari awal kawen dulu, teringin nak wat..tapi ni baru berkesempatan. Alhamdulillah. Nikmat dia lain. Lagi tenang. . Percaye lah.. ",
Pehtu lapar. Turun bawah cari makanan. Harharhar >_<
Betul. Solat itu tiang agama. Solat itu jugak memperkukuhkan sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang dijaga dengan agama insya Allah akan membawa kita di jalan yang benar. Itu yang saya baca dulu. Dan yes. .infinity agree.
Dengar suara inciksuami baca setiap surah pun leh wat saye tersentuh apatah lagi aminkan doa dia baca. Doa bersama.
Pohon pada Dia.
Dan lepas salam. Kami akan pandang mata sama sama. (ececewahh) Masa tu lah setiap kali salam akan mintak maaf dengan dia..
*sepatutnye si isteri perlu mintak maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur-UAI*
Tapi saye tak buat wuuuu.. Awk semua kena buat eh.
Me.. Erm.erm.. Sebenarnya masa pandang mata dia tu..mata tu cam nak cakap. Meronta ronta mata tu nak lafazkan kat dia betapa rasa bersyukur sangat kerana dihadirkan seorang suami macam inciksenget tu.. Tapi adakalanya emosi keperempuan yang memang agak tinggi.. Membuatkan cik isteri ni boleh jadi sensitif untuk hal hal yang kecil.. Hal yang dia mungkin anggap remeh. ni lah perempuan seperti saye hukhuk. T_T
Kadangkadang rasa cam.. Arghhhh.. ...
Ok. Lupekan. Jangan serabut.
Nanti banyak benda tak leh nak wat. seteresss cam haritu. Aiyokkk..
Dan dan dan dan..sangatlah beruntungnya kawan2 yang duduk 1umah dengan suami lepas kawen. Contoh yang terdekat ialah puan dyla n fared.. Mesti leh solat sama hari2. Tak dapat setiap waktu, maghrib & Isyak pun ok kan..kalau tak dapat hari2. Setiap Wiken. Ataupun cuti. Best kan :)
Then..puan Dyla bole masak untuk incik fared. X kesah lah jadi o x.. Air tangan sang isteri kan lagi bermakna. .. Aisehh ~
Yeap. Usia perkahwinan kami baru je nak masuk 4bulan ujung bulan ni. Orang kata setahun jagung pun tak sampai lagi. Masih jauh perjalanan kami. Masih banyak ranjau & durinya.. Tapi sangat sangat nak share pasal kelebihan berjemaah ni. Satu. insyallah mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.. Dua. Dapat 27 darjat pahala solat jemaah. Tiga.. Malaikat suka dengan rumah yang ada rukuk & sujud. . Syaitan pun boleh lari.. Syaitan ni macam macam cara dia nak bagi manusia jatuh. Kan?
Kalau dulu kita di terumbang ambing, kita kena berubah. Ek. Mesti boleh.
Dan kepada kawan kawan yang belum berkahwin, carilah lelaki yang tunaikan solat. Yang dapat bimbing kita.
Inciksenget. . Walapun dia senget.. :) tapi dia tak senget dalam hal ni. Syukur. Sebab dia cuba untuk jadi seorang suami yang baik. Yang cuba bimbing cik isteri dia yang degil ni. dulu dia cam marah kenapa bawak beg besar2 tapi tak bawak telekung dalam beg tu.. Haha ok. Ok. Dah ada sekarang ni. Bawak pergi mana je..
Haaa. Tak degil kan ;P
Tapi tapi tapi inciksenget tu yang lagi deeggil huuuuu...
Ok.harap perkahwinan ini dirahmatiNya. Dilindungi dari anasir anasir luar.. Yang kita tak tahu rencam rempah ratusnya.
Dan kepada kawan kawan juga.. Papepun kite jangan cuba mengalah ek. Sama sama kita tegur & nasihat menasihati. :)
Ya Allah ya tuhanku, jika dia yang kau hadirkan untuk penemanku di Jannah,
Yang telah kau tentukan di ArashMu,
Kau tetapkan lah hati antara kami di jalanMu. Ameen.
Assalammualaikum.. ",
Ikhlas,
Cik isteri Inciksenget ♥ xoxo!
Labels: mne
7 comment(s)
0 comment(s)
Assalammualaikum..
Salam sabtu. !",
Pagi pagi tadi godek2 istag..ternampak cik nad post kiteorang sembang2 semalam kat group..untuk seketika i change the group name to kitekankawansukeduka..
Padahal semalam sibuk sibuk..xtaw diorang sembang pe..tetibe nak menyelit. ;O
Kawan. Sahabat.
Kenapa ek tetibe i nak menyelit. cakap camtu..jangan tacing lama lama.. Jangan pendam terlalu lama unleast kalau kita nak jadikan hal yang kita terkecil hati itu bertukar menjadi positif.
Fikirkan kenapa seseorang itu boleh bertindak macam tu. Ataupun kita kena fikir jugak apa yang kita dah wat kan kawan itu kecil hati.
Tapi kadang kadang masing masing tak tahu apa yang masingmasing rasa. Mungkin kita tak suka cara dia. Dia tak suka cara kita. Kita mungkin terlalu fikirkan diri sendiri. Kita mungkin nak yang terbaik untuk diri sendiri.
Kita mungkin terlupa ada hati yang perlu dijaga. Ye.. Orang selalu cakap :
'asyik nak jaga hati orang je, hati sendiri tak de sape jaga.'
'asyik nak ikut cara dia je, cara aku ni dia x nak ikut lak'
Ohh.. I pun penah rase camtu.. Itu la akibatnya bila kita sendiri tak fikir apa yang kita dah tercakap..cara percakapan kita..cara perlakuan kita.. Etc. Yang mungkin watkan seorang kawan itu berkecil hati.
Yeap. Saye hampir kehilangan seseorang yang pernah dianggap sahabat.. Mungkin untuk dapatkan kembali persahabatan seperti dulu takkan boleh. Sebab?
Bila salah satu pihak memendam perasaan yang terbuku di hati.. Bila bawak berbincang macam dah terlambat sangat sampaikan sang kawan dah terluah 'sudahlah, dah tawar hati dengan semua ni' .. Dah taknak ambil tahu n kalau lepas ni buat hal masingmasing pun takpe. T_T sedihh..
*teringat balik pun leh sebakkk ni wuuuu*
Ok. We both mengaku kesilapan n kecuaian jiwa. No komunikasi yang bagus.
Untuk kawan kawan.. Kita semua dah meningkat dewasa.. Kita sume memang ada jalan yang kita perlu harungi..dalam masa yang sama kita masing masing taknak kehilangan antara kita. Tapi harap kita kena tingkatkan cara pemikiran kita. Jangan terlalu ikutkan hati. Fikir lah sesuatu yang terjadi itu mesti ada sebab. Sebab itu kite kena fikir sendiri. Apa yang kita dah buat. Dan dengan setiap sebab itu ada hikmah nye. Dan setiap hikmah ada positif negatifnya. Pasti. Dengan setiap sebab yang berlaku. Sama ada kita di pihak positif ataupun negatif.
Sy taknak kehilangan kawan kawan..
Kawan sukeduke untuk apa saat sekali pun.
Tak kisahlah kawan dari zaman skolah dulu sampai ke zaman kerja.. Kawan baru kawan lama.
Ada certain orang dia kalau boleh kawan setakat masa tengah kenal je. After dah tak nampak muke. Terus dah tak nak amek taw. So..kite lah yg terhegeh hegeh saje kol nak tanye kabar. Mesej itu mesej ini.. Dia x de punye nak starting pe.
Emmm.. X nak jadi camtu..
Yes..setiap induvidu ada halnye masing masing. Mana taw nanti suatu hari kita sendiri pun hilang tanpa kabar berita...
And me pun akan berpindah ke jb next month. . Jauh dari kawan kawan.
Mungkin akan kenal dengan kawan baru. Ofismet baru. Tapi dah tak mungkin sama cam kawan kat ofis lama... ;(
But.. Life must go on..
Keep in touch!
Xoxo
Eem....hahha pebenda ntah dah merepek2 nih..
Maapkan sayeee *suara sinchan
Labels: kawankawan
2 comment(s)
Oh. Ini #throwback..
Gituh cam instag lak ;D
Ok. Dulu. After our wed, kiteorang cancelkan nak g krabi.. Kononnye nak honeymoon di sana. Ecewahh.. ♥
Hee.. Tapi atas nasihat abangcik n nyah suruh pergi melawat2 sedara mara dulu dalam seminggu cuti bersama di sg.siput.. Kiteorang pun ikut je. X degil ok hiks! ",
Tapi rupenye best sangat oihh g visit2 ni..
Best nye pe? ok. Later. :)
Yang ni masa hari jumaat b4 nak berangkat balik pj n berpisah...dan bermulalah PJJJJJ kiteorang lagi.. Wiken singless. .
Inciksuami ajak g Pangkor. Terjah aje. Turun kat Lumut baru beli tiket n cari hotel.
I folow je. Isteri. Ikut je. Huahua.. Tapi dia selalu cakap sy degil kehkeh ;P
Paling best dapat g snorkeling.. Syokss oh. Tapi kali ni g jauh cket. I dah la gayat. Jenuh pegang baju inciksenget. Haha
Dulu masa g pangkor reunion budak2 psas. Tempat yang sama g snorkeling.. Banyak ikan.. Ramai jugak orang masa awal bulan Januari tu.
N paling best lagi dapat naek motor. Hehe..
1st time naek moto ngan dia. Sweet je rase. Ok jangan muntah ;D maafkan saye...
Sume orang ada kesah. X kira lah hepi hepi o sedih sedih. Tapi janganlah marah saye kalau nak share pasal kiteorang eh. Yang stalk tu kalau meluat jangan la gatal2 nak stalk lagi.. Oppss. Ok. Peace! ",
Jangan nakal nakal. .
Xoxo! :)
#taksabartungguminggudepan
Labels: mne
0 comment(s)
Assalammualaikum..
Ohh previous entry. X sepatutnye di tarikh itu.
Sebabnye tarikh tu my cik bff punye besday! !
Kol pagi2.. Sbb mlm da tertido awal.. Sory cik meyon.
8 april lak besday salah seorang cik dyg saye dulu tu. . Syuda. Lepas sekolah form 3 x penah jumpe sampai la masa kenduri hari tu. Itu lah penting nya keep in touch ", walaupun bukan selalulalu.
Malia... Cik pengapit. Plus cik pembuat bunga2 masa kenduri. Meriah ngan bunga bunga dia. Kalau kenduri entah leh tolong cam dia ke idak heee...
Perasaan antara kami cam adik beradik. No perasaan cas negatif.
Kami bahagia bila masing2 bahagia. Dan kami sedih bila salah seorang sedih.
Ok. Mungkin sekarang dah lain. Tapi perasaan tak pernah berubah.
Mungkin x leh nak call selalu.. Tapi bila dah seminggu tak dengar suara.. Tak dengar kabar... Haaa masing masing gelabah heee
Okk. Itu rindu :D
Ohh. Gaduh? Pernah sekali. Masa form 2 rasenya. Masa tu x rapat lagi. Hee masa tu cam cepat tacing kalau kena ejek2 kahkah.. Biasela i ni jiwa sentimental sikit. ;P
Tapi rupe2nya cik meyon pun same... Ada ke dia ejek gelang ada orang hadiahkan. So pakai je la.. Nanti kecik lak hati orang tu. Kononnya. Malia... Igt x? Heee
So.. I pun dengan rase bengangnye cabut gelang tu. Campak. Haa puas hati. Haha
Lawak lawak. Bile ingat balik.
Benda ntah pe pe je kan? tapi itu je la 1st time gaduh kehkehhh...
Pehtu da masuk skolah teknik sama sama. Walaupun kelas lain. Subjek lain. Dorm lain.
Kawan kawan rapat pun lain. Kiteorang jadi rapat bile temankan untuk setadi... Dan bila temankan malia dengar radio setiap jumaat punya malam. heee lupe dah radio pe..
Yang paling best. Kakak malia yg belajar kat Jepun dulu setiap bulan anta poskad kat malia.. Ada je kata2 semangat dari kakak dia sampaikan rasa cam pas abes spm nak sambung belajar kat jepun tuh hhhee..
Tapi apakan daye.. Result tak gempak mana pun.. Haiyakk ;P
0 comment(s)
Bodohnye...
Bila kita terlalu memendam rasa..
Tidak luahkan perasaan masing masing..
Sayang tapi tak terungkap..
Rindu tapi ego.
Bodohnya...
Bila ada orang yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan kita..
Yang menambahkan lagi jurang antara kita...
Tidak membantu.
Langsung.
Tapi suka.
Bodohnya..
Bila mahu lupakan perhubungan yang pernah terjalin..
Bagaikan adik beradik.
Kakak.
Adik.
Yang saling mengambil berat.
Bodohnya...
Bila hati menjadi tawar.
Pandangan menjadi benci.
Tafsiran disalah erti.
Bodohnya...
Bila situasi mengawasi segalanya.
Bukan pemikiran.
Bukan naluri.
Bukan jiwa yang bersih.
Bodohnya..
Bila yang susah disusahkan lagi.
Yang senang dibelitkan..
Bodohnya..
Bila yang kecil menjadi besar..
Yang besar digumpal gumpal memenuhi ruang ruang kosong..
Mendatangkan kebencian.
Mungkin.
Benci.
Tapi rindu.
Bodohnya...
Bila masa bukan untuk kita lagi...
Tidak boleh diundur..
Apatah lagi untuk diuukur.
Tapi
Syukur..
Syukur..
Syukur..
Dengan kuasaMu..
Dengan nekad... Tekad.
Selesai jua kebodohan senjakala ini.
Sayang terungkap. Rindu.
Sesalan. Yang pasti. kemaafan.
Harap bukan untuk seketika tapi sampai ke akhir hayat. Perjalanan hidup masing masing yang diangan angankan mungkin akan tercapai satu persatu. Hikmah pasti ada dengan setiap apa yang berlaku.. Syukur.
#Setiap perlakuan ada SEBAB dan setiap sebab ada HIKMAH. Orang yang paling tenang dan bahagia ialah orang yang melihat hikmah disebalik semua perkara# ♥
Saye si insan kerdil. Xoxo!
Assalammualaikum.
2 comment(s)
1 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE