Sabtu lepas di Pasir Gudang.
Sabtu 2 minggu lepas di Sg. Siput Perak.
Sabtu 3 minggu lepas balik jb..
Incoming wiken ni inciksenget lak datang sini.
Ok.. Camtu lah rutin mingguan cik er..
Letih? Mestilah..penat. Tapi penat yang membahagiakan. Camtulah bila pjj. Bila wiken je leh menjalankan tugas sebagai seorang cik isteri. Baru dapat kemas umah. Kemas bilik sang suami. Masak je x selalu lagi. Sebab umi masak lagi soosodap. . Wehuu! Yang pasti baru dapat solat sama sama. Dari subuh sampai ke maghrib. Isyak? Saye bole jamak ",
Sabtu haritu... Ntah kenapa badan rasa cam flat gile cam bateri dah kong tu..kul8 lps solat2, mintak izin kat inciksuami nak tido kejap sebelum turun tengok tv. Tuppp terlena sampai tepat kul3pagi... Ermm. Gerak situ gerak sini..Dah takleh nak tido... Gerak dia.. Hehe sory awak ;P
Ohh. teringat.. kalau banyak sangat bergerak dia akan cakap 'awak ni macam ulat' harhar. Ulat pon booooleh lah :)
Kiteorang bangun solat dulu. Solat sunat tahajud. Pas tu solat sunat taubat.. Ni 1st time nak solat malam sama sama. Dari awal kawen dulu, teringin nak wat..tapi ni baru berkesempatan. Alhamdulillah. Nikmat dia lain. Lagi tenang. . Percaye lah.. ",
Pehtu lapar. Turun bawah cari makanan. Harharhar >_<
Betul. Solat itu tiang agama. Solat itu jugak memperkukuhkan sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang dijaga dengan agama insya Allah akan membawa kita di jalan yang benar. Itu yang saya baca dulu. Dan yes. .infinity agree.
Dengar suara inciksuami baca setiap surah pun leh wat saye tersentuh apatah lagi aminkan doa dia baca. Doa bersama.
Pohon pada Dia.
Dan lepas salam. Kami akan pandang mata sama sama. (ececewahh) Masa tu lah setiap kali salam akan mintak maaf dengan dia..
*sepatutnye si isteri perlu mintak maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur-UAI*
Tapi saye tak buat wuuuu.. Awk semua kena buat eh.
Me.. Erm.erm.. Sebenarnya masa pandang mata dia tu..mata tu cam nak cakap. Meronta ronta mata tu nak lafazkan kat dia betapa rasa bersyukur sangat kerana dihadirkan seorang suami macam inciksenget tu.. Tapi adakalanya emosi keperempuan yang memang agak tinggi.. Membuatkan cik isteri ni boleh jadi sensitif untuk hal hal yang kecil.. Hal yang dia mungkin anggap remeh. ni lah perempuan seperti saye hukhuk. T_T
Kadangkadang rasa cam.. Arghhhh.. ...
Ok. Lupekan. Jangan serabut.
Nanti banyak benda tak leh nak wat. seteresss cam haritu. Aiyokkk..
Dan dan dan dan..sangatlah beruntungnya kawan2 yang duduk 1umah dengan suami lepas kawen. Contoh yang terdekat ialah puan dyla n fared.. Mesti leh solat sama hari2. Tak dapat setiap waktu, maghrib & Isyak pun ok kan..kalau tak dapat hari2. Setiap Wiken. Ataupun cuti. Best kan :)
Then..puan Dyla bole masak untuk incik fared. X kesah lah jadi o x.. Air tangan sang isteri kan lagi bermakna. .. Aisehh ~
Yeap. Usia perkahwinan kami baru je nak masuk 4bulan ujung bulan ni. Orang kata setahun jagung pun tak sampai lagi. Masih jauh perjalanan kami. Masih banyak ranjau & durinya.. Tapi sangat sangat nak share pasal kelebihan berjemaah ni. Satu. insyallah mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.. Dua. Dapat 27 darjat pahala solat jemaah. Tiga.. Malaikat suka dengan rumah yang ada rukuk & sujud. . Syaitan pun boleh lari.. Syaitan ni macam macam cara dia nak bagi manusia jatuh. Kan?
Kalau dulu kita di terumbang ambing, kita kena berubah. Ek. Mesti boleh.
Dan kepada kawan kawan yang belum berkahwin, carilah lelaki yang tunaikan solat. Yang dapat bimbing kita.
Inciksenget. . Walapun dia senget.. :) tapi dia tak senget dalam hal ni. Syukur. Sebab dia cuba untuk jadi seorang suami yang baik. Yang cuba bimbing cik isteri dia yang degil ni. dulu dia cam marah kenapa bawak beg besar2 tapi tak bawak telekung dalam beg tu.. Haha ok. Ok. Dah ada sekarang ni. Bawak pergi mana je..
Haaa. Tak degil kan ;P
Tapi tapi tapi inciksenget tu yang lagi deeggil huuuuu...
Ok.harap perkahwinan ini dirahmatiNya. Dilindungi dari anasir anasir luar.. Yang kita tak tahu rencam rempah ratusnya.
Dan kepada kawan kawan juga.. Papepun kite jangan cuba mengalah ek. Sama sama kita tegur & nasihat menasihati. :)
Ya Allah ya tuhanku, jika dia yang kau hadirkan untuk penemanku di Jannah,
Yang telah kau tentukan di ArashMu,
Kau tetapkan lah hati antara kami di jalanMu. Ameen.
Assalammualaikum.. ",
Ikhlas,
Cik isteri Inciksenget ♥ xoxo!
Labels: mne
7 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE