Hi Assalamualaikum..!",
Harini dapat awal siap..then baru la leh sambung menaip (;
Oh yang ni 1st slot selepas kena jawab soklan objektif tu.. Slot ni dikendalikan oleh Ust Hj Mohd Zamri Bin Kambari dari Jabatan Agama Johor..
Mula mula nust dah cakap n ingatkan perancangan sebelum kahwin ialah PERSEDIAAN selepas kahwin. Macamana kita nak uruskan Perlaksanaan dengan cara belajar untuk mengurus sesebuah keluarga bermula daripada menjaga komunikasi antara suami dan isteri.
Komunikasi bermaksud penyampaian/pertukaran maklumat, fikiran, perasaan dan pesanan di antara sang suami dan sang isteri yang comey :P
Kita kena tau bentuk komunikasi..kenapa pentingnya komunikasi ni sebab dapat mengenali perasaan, bergurau senda, berkasih sayang, mendidik, nasihat menasihati n etc..
Kita sebagai isteri..eh sebenarnya tak kira pe pun status kita ni sebagai manusia..sebagai seorang anak..sebagai seorang kawan dan sahabat dan lain lain sepatutnya memang kita kena jaga pertuturan kita..jaga bahasa dan adab yang baik. Mesra mengikut keadaan yang sesuai. Memberi tumpuan/ perhatian bila pasangan kita bercakap.
Kalau pasangan suami isteri lak..suami kena dengar bila isteri dia bercakap dan isteri kena dengar bile suami dia bercakap.. So jangan potpetpotpet dua dua cam ayamitik hehe.. (:
Slot ni gak ust ajar antara cara cara untuk mengawal kemarahan iaitu kita kena beristighar cepat..sabar..ambil wuduk..mengasingkan diri sementara ketika marah..elakkan perkataan yang membangkitkan kemarahan..mengalah..mengakui kesilapan..mintak maaf..memaafkan..dan manjakan pasangan balik.. (:
Kalau sebelum kawen pun ada gadoh2 manje..tak kena itu ini..nanti dah kawen mungkin akan lebih dugaan yang camtu..
So dari sekarang kena belajar jaga hati sendiri n pasangan..jangan terlalu ikutkan perasaan sendiri huuuu ~
Kita kena faham bila pasangan kita hadapi masalah.. Kita kena tau apa yang perlu kita buat bila dia ada masalah..mungkin dia tak nak share dengan kita..
Masa ni lah yang paling menguji lagi..bila kita da buat tindakan yang bijak dan kembalikan senyuman pasangan tu so hubungan akan jadi lebih baik (: ust ckp caring mesti ada..jaga penampilan diri..dan sekali sekala kena bagi hadiah. .yeay yang ni suke suke suke hehe simbolik >_<
Haa tempat yang paling sesuai untuk berbincang kat ne kat ne? ? Ce teka..kalau betil nak bagi coki coki heeh.. Kat meja makan..masa tengah makan makan..tapi jangan la sembang kes yang berat berat yang sampai buat selera makan lari..okeyh(;
So untuk meningkatkan n memperbaiki tahap komunikasi n hubungan kita boleh buat aktiviti sama sama..beriadah..masak..lawat jiran tetangga..saudara mara..
Hubungan dengan jiran jiran memang kena jaga supaya nanti kalau ada pe2 jiran boleh tolong (: jangan buat cam kita je duduk kat area tu sorang sorang haha.. Eh tapi skang ni kebanyakan jiran suka wat hal sendiri.. Tak amek peduli pun kan kan.. So kite jangan jadi cmtu eh eh ",
Eem lagi pe ek..banyak..haa untuk bahagian pengurusan lak memang ust tekankan yang di awal perkahwinan memang kita akan menghadapi masalah terutamanya ekonomi, masalah hubungan dengan mertua dan lain lain. Jadi kita kena pandai uruskan perbelanjaan bersama dengan sederhana dan berjimat cermat!
Ok lah ni sikit je.. Ada banyak lagi..
Sambung next slot malam ni lak.. (:
Xoxo!
#semoga kita sentiasa memperbaiki diri ye!
0 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE