#Draft dari hari Ahad haritu...
Bismillahirrahmanirahim..
Assalammualaikum ", ♥
Tahun ni. Saye ada 2 ibu. Mak & Umi..berlainan cara. Berlainan gaya. Berlainan ekspresi. Tapi kedua mereka sama dengan ketabahan masing masing dalam menempuhi dugaan dan cabaran hidup..
Mak saye.
Seorang wanita biasa. Belajar tak tinggi. Tak sehebat mak mak di luar. Macam macam dugaan kami tempuh. Dari kecik2 dulu. Pasti. Mak bertungkus lumus untuk pastikan sang anak ini berjaya. Dari zaman sekolah menengah dah belajar duduk jauh. Belajar untuk berdikari. Tapi tetap perlukan mak setiap hari. Kalau x dengar suara sehari.. Adehh.. Libang libu bak kata orang tengah hangau (;
Mak. Kawan baik no 1 saye. Ermm.. Nama pun kawan baik. Pe je leh cerita. Pasal hal kecik ataupun besaw. Asalkan bukan yang boleh menyedihkan dia.. Kadang2 mak pun tak faham sebenarnya apa yang sang anak ni cite hee.. Mak mak..
Erm namapun kawan rapat. Kadang2 terkuar jugak marah n merajuk ni kat mak. Sedar. Ye. Memang sedar. Tapi kadang2 boleh jugak perasaan marah sikit itu datang.. 'ahh' ?? tipu. Kalau dulu tak pernah tercakap ahh kat mak. Astagfirullahalazim.. Yes. Mengaku. Pernah jugak buat mak menanges. Saye menanges. Salah sendiri. Tetapi dalam keadaan yang cepat.. Pasti saya mintak maaf balik dengan mak. Takut nyee dengan air mata mak tuh.
T_T
Namapun kawan karib.. Bila sorang menanges. Dua2 akan menanges sama sama. Mak..mak. Mak saye lagi hati kecik dari saye taw dak.. Betapa besar pengorbanan dia untuk jadikan saya seseorang yang membanggakan dia buat seketika.. Mungkin. Walaupun bukanlah sehebat anak orang lain. Tapi sang anak ini cuba untuk jadi anak yang terbaik untuk mak yang penyayang.
Sang anak ni tidak pernah rasa obses dalam cita citanya. Tapi mak yang selalu bagi kata2 semangat untuk teruskan capai cita2 satu persatu.
Yeah. Setiap hari. I need my mak. Walaupun kami jauh. Dan yang pasti. Mak rasa jauh hati sikit bila dapat tau yang sang anak ini akan berpindah ke jb suatu hari nanti. Dan yang pasti hujung bulan ini... Dia rasa bertambah jauhnya anak dia yang comotmomot ni.. Tapi alg taw mak..mak restu n sentiasa doakan yang terbaik untuk alg kan.. Insya Allah hubungan duniaakhirat kita tak kan pernah terputus dalam setiap doa2 alg..dalam setiap ingatan ini. :*
Mak ingat tak lagi..
Erm.. Hari ibu yang paling mengusik jiwa dan raga ialah..
Masa tu..
Masa tu semua adik beradik balik. wat makan2 kat umah.. Bila sorang abang dah nak balik. Adik terus tutup lampu depan.. Cengkonon blackout.. Tuppp.. Terkejut sume.. Tapi dengan pakatan dan perancangan yang sangat rapi... (prektis kemain ingatkan n ajar anak2 buah ) alg bagi lilin sorang satu kat anak2 buah kat dapur. Kiteorang pergi depan sambil nyanyi.... Sambil jalan perlahan2 pastikan lilin tak terpadam. Anak2 buah mengikut arahan dengan sangat lah baik.. Jalan macam ketapi lama hehe.. Kiteorang nyanyi..
'Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku.. Bila ku berduka..engkau hiburkan selalu.. Ibu emak.. Engkaulah ratu hati ku..'
Sampai lah suara terhenti.. Terdengar..
Sobsss sobs.. Dengar dari ibu ibu sekalian.
Lepas tu semua anak2 pegi minta maaf kat mak masing2.. Cam pas kem ibadat sekolah sekolah lak dalam keadaan yang gelap sekejap tuh. -_- *banyak dosa.
Yess.. Rinduu nak wat camtu lagi.
Tapi sekarang dah besaw.. Segan kot kot aishhh..
Setiap hari memang hari ibu.. Tapi tak salah kan. Ada harinya kita lak manjekan dia. Suap dia makan. Hargai apa yang dah dia lakukan untuk kita walaupun jasa dia sangat sangat tak terbalas..
Bila rase down sangat.. Terus ingat kat mak. Terus cuba ingat. cuba tarik kekuatan mak tu. Kalau mak boleh. Takkan anak tak leh kan? ?
Umi..
Mak mentua saya. Baru je hadir dalam diri dia.
Ingat lagi sebelum nak kenal dia. Takut sebenarnye. Tengok gambar2 erm. Nampak cam garang..
1st time jumpa saye kuatkan hati.. Ok. Lain di situ. Tapi ini pengorbanan. Bertunang. Lain juga di situ.
Sampaikan pernah terpikir ini jodoh untuk kami berkahwin atau hanya kebetulan perancangan manusia kerdil.. Tension?pasti... Dengan banyak hal nak pikir. Kenduri n so on.. Baca buku.sembang dengan kawan. Dia suruh wat solat istikarah.
Dalam masa bertunang.. Cuba buat istikarah. Erm. Tak de pe pe pun. Saye tak kuat T_T. hampir lost sebenarnye. Ada waktu ketika.. Itu. Nak cakap kat bakal inciksuami dulu.. Tak berani...
Tapi mak.mak bagi semangat cuba lagi.
Masa dah nak dekat..
Satu malam tu.. Nak masuk bulan keempat bertunang. Dah dekat sangat. Terjaga malam. Kuatkan diri. Bangun. Ambik wudhu. Cuba istikarah lagi. Terus tido.
Termimpi.
Mimpi..
Eh bukan mimpi..
Nampak. ..
Nampak bakal mak mentua saya.
Bukan nampak bakal suami si incik senget.
Bukan.
Nampak muka umi. Sekali.
Dan..
Senyum.
Terjaga azan subuh. Terus bangun.
Pagi pagi tu call kawan. Dia cakap mungkin ini petunjuk dariNya.. N dia boleh bergurau jugak.. Ni sebab takut sangat aishhh..
Lepas tu hari2lain cuba solat lagi tapi selepas isyak. Dah tak termampu bangun malam. Huu teruk kan.
Dan saye teruskan ikut naluri hati. Janji pada diri n dengan pesanan mak sebelum bertunang haritu..Insya Allah walau amik masa banyak mana sekalipun akan cuba untuk sesuaikan diri. Akan cuba untuk jadi menantu yang baik.
Ermm... Baru je lepas sembang pasal istikarah ni dengan kak ipar n umi minggu lepas.. Hee.. Ntah macam mana yong leh start pasal ni.. Bila cite. Umi yang jawab 'tu maknenya nak serasi dengan mak mentua'
Heee... Inciksuami pun taktaw pasal ni harharhar...
Ntoh le..
Go with the flow.. Macam mana anak anak dia sayangkan dia.. Macam mana incik suami saya sayangkan dia.. Macamtu jugak lah saya sayangkan dia. Erm mungkin lebih kot dari incik suami hehe.. lepas ni Insya Allah. Cuba jaga umi n inciksuami dengan baik.
Sebab saya taw inciksuami memang sayangkan sangat2 umi dia. Ingat lagi haritu penah dia tercakap pasal ketabahan umi besarkan mereka adik beradik. ( mak mentua saya = single mother ) .. Bila dia cite. Dapat rasakan suara dia cam sebak bila ingatkan kisah diorang dulu dulu. Kisah masa kecik. Kisah permulaan hidup kat johor. Berpindah randah. sampailah menetap kat jb. Masa dengar pun.. Sebak jugak.. Erm nak type ni lagi sebak huuuu T_T
Perempuan kuat kan?
Okie dokie.
The point of this entry. Sebenarnya..
Nak wish selamat hari ibu kat 2 orang perempuan kuat yang tersayang ni. Segala pengorbanan dari kecil sampai ke besar tak terbalas sampai bila2 pun. Kasih sayang terhebat
Selamat hari ibu kepada kakak2. Kakak2 ipar. Kawan2 yang dah jadi ibu. N yang bakal jadi ibu..lepas ni doakan saye hehe (:
Nak jadi ibu yang comey kat baby yg superduper comey awww ~
Opss.. Kenapa ada awww? sebab selalu dok tengok baby2 comey cerdik cargas kat Keek ngan cik rumet saye si mak buyung ni.. Anak erra pajira, aleesya. . Anak ni anak orang tu. hehe so comey comey belaka..
N yang terbaru ialah copi. Atihaharis punye keek. X taw dia sape. Cantek. Anak dia Ya Allah comey sungguh aish! ",
Ok. Dah panjang melebor lebo..
Selamat hari Ibu!
Much Love,
Sang anak & Sang Menantu ♥
Eh. 16mei!Selamat Hari Cikgu2!
Labels: kesayanganhamba
1 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE