#Draft dari hari Ahad haritu...
Bismillahirrahmanirahim..
Assalammualaikum ", ♥
Tahun ni. Saye ada 2 ibu. Mak & Umi..berlainan cara. Berlainan gaya. Berlainan ekspresi. Tapi kedua mereka sama dengan ketabahan masing masing dalam menempuhi dugaan dan cabaran hidup..
Mak saye.
Seorang wanita biasa. Belajar tak tinggi. Tak sehebat mak mak di luar. Macam macam dugaan kami tempuh. Dari kecik2 dulu. Pasti. Mak bertungkus lumus untuk pastikan sang anak ini berjaya. Dari zaman sekolah menengah dah belajar duduk jauh. Belajar untuk berdikari. Tapi tetap perlukan mak setiap hari. Kalau x dengar suara sehari.. Adehh.. Libang libu bak kata orang tengah hangau (;
Mak. Kawan baik no 1 saye. Ermm.. Nama pun kawan baik. Pe je leh cerita. Pasal hal kecik ataupun besaw. Asalkan bukan yang boleh menyedihkan dia.. Kadang2 mak pun tak faham sebenarnya apa yang sang anak ni cite hee.. Mak mak..
Erm namapun kawan rapat. Kadang2 terkuar jugak marah n merajuk ni kat mak. Sedar. Ye. Memang sedar. Tapi kadang2 boleh jugak perasaan marah sikit itu datang.. 'ahh' ?? tipu. Kalau dulu tak pernah tercakap ahh kat mak. Astagfirullahalazim.. Yes. Mengaku. Pernah jugak buat mak menanges. Saye menanges. Salah sendiri. Tetapi dalam keadaan yang cepat.. Pasti saya mintak maaf balik dengan mak. Takut nyee dengan air mata mak tuh.
T_T
Namapun kawan karib.. Bila sorang menanges. Dua2 akan menanges sama sama. Mak..mak. Mak saye lagi hati kecik dari saye taw dak.. Betapa besar pengorbanan dia untuk jadikan saya seseorang yang membanggakan dia buat seketika.. Mungkin. Walaupun bukanlah sehebat anak orang lain. Tapi sang anak ini cuba untuk jadi anak yang terbaik untuk mak yang penyayang.
Sang anak ni tidak pernah rasa obses dalam cita citanya. Tapi mak yang selalu bagi kata2 semangat untuk teruskan capai cita2 satu persatu.
Yeah. Setiap hari. I need my mak. Walaupun kami jauh. Dan yang pasti. Mak rasa jauh hati sikit bila dapat tau yang sang anak ini akan berpindah ke jb suatu hari nanti. Dan yang pasti hujung bulan ini... Dia rasa bertambah jauhnya anak dia yang comotmomot ni.. Tapi alg taw mak..mak restu n sentiasa doakan yang terbaik untuk alg kan.. Insya Allah hubungan duniaakhirat kita tak kan pernah terputus dalam setiap doa2 alg..dalam setiap ingatan ini. :*
Mak ingat tak lagi..
Erm.. Hari ibu yang paling mengusik jiwa dan raga ialah..
Masa tu..
Masa tu semua adik beradik balik. wat makan2 kat umah.. Bila sorang abang dah nak balik. Adik terus tutup lampu depan.. Cengkonon blackout.. Tuppp.. Terkejut sume.. Tapi dengan pakatan dan perancangan yang sangat rapi... (prektis kemain ingatkan n ajar anak2 buah ) alg bagi lilin sorang satu kat anak2 buah kat dapur. Kiteorang pergi depan sambil nyanyi.... Sambil jalan perlahan2 pastikan lilin tak terpadam. Anak2 buah mengikut arahan dengan sangat lah baik.. Jalan macam ketapi lama hehe.. Kiteorang nyanyi..
'Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku.. Bila ku berduka..engkau hiburkan selalu.. Ibu emak.. Engkaulah ratu hati ku..'
Sampai lah suara terhenti.. Terdengar..
Sobsss sobs.. Dengar dari ibu ibu sekalian.
Lepas tu semua anak2 pegi minta maaf kat mak masing2.. Cam pas kem ibadat sekolah sekolah lak dalam keadaan yang gelap sekejap tuh. -_- *banyak dosa.
Yess.. Rinduu nak wat camtu lagi.
Tapi sekarang dah besaw.. Segan kot kot aishhh..
Setiap hari memang hari ibu.. Tapi tak salah kan. Ada harinya kita lak manjekan dia. Suap dia makan. Hargai apa yang dah dia lakukan untuk kita walaupun jasa dia sangat sangat tak terbalas..
Bila rase down sangat.. Terus ingat kat mak. Terus cuba ingat. cuba tarik kekuatan mak tu. Kalau mak boleh. Takkan anak tak leh kan? ?
Umi..
Mak mentua saya. Baru je hadir dalam diri dia.
Ingat lagi sebelum nak kenal dia. Takut sebenarnye. Tengok gambar2 erm. Nampak cam garang..
1st time jumpa saye kuatkan hati.. Ok. Lain di situ. Tapi ini pengorbanan. Bertunang. Lain juga di situ.
Sampaikan pernah terpikir ini jodoh untuk kami berkahwin atau hanya kebetulan perancangan manusia kerdil.. Tension?pasti... Dengan banyak hal nak pikir. Kenduri n so on.. Baca buku.sembang dengan kawan. Dia suruh wat solat istikarah.
Dalam masa bertunang.. Cuba buat istikarah. Erm. Tak de pe pe pun. Saye tak kuat T_T. hampir lost sebenarnye. Ada waktu ketika.. Itu. Nak cakap kat bakal inciksuami dulu.. Tak berani...
Tapi mak.mak bagi semangat cuba lagi.
Masa dah nak dekat..
Satu malam tu.. Nak masuk bulan keempat bertunang. Dah dekat sangat. Terjaga malam. Kuatkan diri. Bangun. Ambik wudhu. Cuba istikarah lagi. Terus tido.
Termimpi.
Mimpi..
Eh bukan mimpi..
Nampak. ..
Nampak bakal mak mentua saya.
Bukan nampak bakal suami si incik senget.
Bukan.
Nampak muka umi. Sekali.
Dan..
Senyum.
Terjaga azan subuh. Terus bangun.
Pagi pagi tu call kawan. Dia cakap mungkin ini petunjuk dariNya.. N dia boleh bergurau jugak.. Ni sebab takut sangat aishhh..
Lepas tu hari2lain cuba solat lagi tapi selepas isyak. Dah tak termampu bangun malam. Huu teruk kan.
Dan saye teruskan ikut naluri hati. Janji pada diri n dengan pesanan mak sebelum bertunang haritu..Insya Allah walau amik masa banyak mana sekalipun akan cuba untuk sesuaikan diri. Akan cuba untuk jadi menantu yang baik.
Ermm... Baru je lepas sembang pasal istikarah ni dengan kak ipar n umi minggu lepas.. Hee.. Ntah macam mana yong leh start pasal ni.. Bila cite. Umi yang jawab 'tu maknenya nak serasi dengan mak mentua'
Heee... Inciksuami pun taktaw pasal ni harharhar...
Ntoh le..
Go with the flow.. Macam mana anak anak dia sayangkan dia.. Macam mana incik suami saya sayangkan dia.. Macamtu jugak lah saya sayangkan dia. Erm mungkin lebih kot dari incik suami hehe.. lepas ni Insya Allah. Cuba jaga umi n inciksuami dengan baik.
Sebab saya taw inciksuami memang sayangkan sangat2 umi dia. Ingat lagi haritu penah dia tercakap pasal ketabahan umi besarkan mereka adik beradik. ( mak mentua saya = single mother ) .. Bila dia cite. Dapat rasakan suara dia cam sebak bila ingatkan kisah diorang dulu dulu. Kisah masa kecik. Kisah permulaan hidup kat johor. Berpindah randah. sampailah menetap kat jb. Masa dengar pun.. Sebak jugak.. Erm nak type ni lagi sebak huuuu T_T
Perempuan kuat kan?
Okie dokie.
The point of this entry. Sebenarnya..
Nak wish selamat hari ibu kat 2 orang perempuan kuat yang tersayang ni. Segala pengorbanan dari kecil sampai ke besar tak terbalas sampai bila2 pun. Kasih sayang terhebat
Selamat hari ibu kepada kakak2. Kakak2 ipar. Kawan2 yang dah jadi ibu. N yang bakal jadi ibu..lepas ni doakan saye hehe (:
Nak jadi ibu yang comey kat baby yg superduper comey awww ~
Opss.. Kenapa ada awww? sebab selalu dok tengok baby2 comey cerdik cargas kat Keek ngan cik rumet saye si mak buyung ni.. Anak erra pajira, aleesya. . Anak ni anak orang tu. hehe so comey comey belaka..
N yang terbaru ialah copi. Atihaharis punye keek. X taw dia sape. Cantek. Anak dia Ya Allah comey sungguh aish! ",
Ok. Dah panjang melebor lebo..
Selamat hari Ibu!
Much Love,
Sang anak & Sang Menantu ♥
Eh. 16mei!Selamat Hari Cikgu2!
Labels: kesayanganhamba
1 comment(s)
Semalam..saye teman inciksenget dari pagi sampai pagi pergi mengundi. Betapa semangatnya dia menunaikan kewajipan untuk negara. Heee!
Dan. Pehtu kiteorang g pasar beli2 barang basah untuk memasak bersama2..erm x terer pun masak. Dah la incik suami ni cerewet cket orang nye. Haha.. Nak makan sedap je. Tapi x nak makan luar. . Ahdoi! Jenuh la dulu cari resepi itu.. Resepi ini. Hantam saja lah labu :D
Pas da makan2. Tengok tv.. Then sama2 tertido depan tv tu. Dia terlena dulu..
Tup tup tup.. I bangun je tengok dia dah x dak. Ermm tengok lua. Kete pun xde.. Ok. Sampai hati kua x kejut i. Errr..pagi dia btaw nak g ofis. Workshop tengah jalan keje. Dari pagi tu org bangla tu asyik kol dia. Guru namanye. If not mistaken. Sebab selalu dengar. Ke salah hee...
Tapi kan.. Malas nak kol dia. Bile da tinggal sensorang. Layan tv.. Tetibe. . Curiosity meningkat2 aiyakk..
Untuk hilangkan rasa tu. Saje sembang kat group. . ' i tinggal sorang2 ni. Inciksenget g ofis. Ermm ke g dating.. Ahaddd niii'
Hahaa boleh lak cakap camtu kan.. Erk cik er cik er..
Terus cik nad jawab.. Pikir positif. Yang emmet lak siap hashtag #kesetian #kepercayaan #setia #tulus #ikhlas. Cam dalam ig. N dia sambung lebih baik hindar perasaan itu nanti makin tebal pulew..
Aww betul tu. Saje je menambah keruh2. Seb bek ada korang! hehe tq ",
Borak2....tetibe inciksenget kol.
'awak nak kek pe. *ahlmak. Lupe ada 1 flavour kek dia sebut tu* .. ....
Aww.. Beli kek rupenye.. X seprais. Hee :P
Yang super suprise nye.. Sampai je umah ohh siap ada kad lagi.. N so on.. XD pergi cari ni lah tu lah.. Tapi x jumpe haha cian dia. Jalan sorang. Amboii dia....
Kek ada 4slice. Sbb kiteorang tinggal berdua je wiken ni. Yang lain sume balik perak. Adik dia lak keje.. 2slice choc indulgence 2 slice durian cheese.. *err lapar lak skg :>
Sebenarnye.. Dia bukannya taw nk wat suprise suprise.. Bukan macam yang lain. X romantik pun. . Kalau jadi camtu pun ntah sape yang malu.. Muke merah2 delima. Hehehhe
Tapi tapi tapi he is so sweet. Macam manggis. Hahaa *tarik pipi!
Sabtu keluar cengkonon nak sambut besday..*ok. Bayangkan ada candle light dinner. Ada bunga fresh sejambak. Huahua ;D *
Tapi kiteorang g tengok wayang. Iron Man 3. Wahh best.. Kelakar. Terkejut sampai terjatuh popcorn pun ada haha.
Sorry awk ;)
Ok. Nak tengok x dia nyanyi.. Hrtu lagu lain ni lagu versi lain. Heee. Yang ni normal.
Ok.tengs. Inciksuami! sile tengok keek saye ni >>
2nd nyanyi by inciksuami ehhe :D http://www.keek.com/!7mXWbab
Almost 3years lagi..nak bertukar no siri..
Harap hubungan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa. Awak jaga saya.. Saya jaga awak taw. 1st besday as wifiey. N sy rase ini is the best gift. New life. ♥
Sorry kadang2 over suspicious.. Opss tak over lagi rasanye hee.. Fossil come on. Wehuuu! :))
Kawankawan. Thanks for being there. Thanks selalu support each other. Kan. Itu lah namanya kawan kan. Love.
Assalamualaikum.
Ok. Xoxo,
Cik Er ♥
3 comment(s)
Hee >_<
Assalammualaikum! Alhamdulillah. Tanggal 3 Mei 1986 seorang budak comey lagi gebu (dulu :P) telah dilahirkan oleh seorang ibu yang penyayang lagi penyabar dan tabah dalam mengharungi segala liku liku hidup yang penuh cabaran. Puan Zainab Bt Hj. Jaih. Terima kasih tak terkata. I love u mak! ♥
Yang pertama wish...
Celcom. Hehe
1day b4 lagi. .kul 11pagi anta mesej inform leh sms percuma masa 3hb sampai 11.59 malam je haha. Tenkiu celcelcelcommss! Tak guna pun. Sume da men wasap2 je la ni :P
Masa hari kejadian..
Yang pertama wish.. Gonna be..
Seb bek inciksuami. *kalau tak ermm.merajukkk dah harharhar. Kul1030malam dah kol siap nyanyi.. 'Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan... Sayang abang.. *ecececehh :D* .. Allah selamatkan kamu.. '
Awsl. Sebab masing2 dah mengantuk. Letih dengan kerja yang berlambak setelah balik bercuti.. Aisehh.
Next. Tak sampai 10 minit. Dia call lagi. Ingatkan nak nyanyi lagu lain lak hee. Rupenya anak2 buah dia. Atototoo comey jak diorang nyanyi. .. *cam rasa muda je i hehe
Next next.. From kawan2 poli. Group wassap psas. Rehan starting.. Continue by others.
Masa tu. I da tdo dengan nyenyak nye pon hiks!
Pagi2 lak. My great mummy kat kampung call. Alololo comey je mak wish kat anak dia ni panjang. Selalu anak dia ni yang call dulu pagi2...hee
'Selamat hari jadi.Jaga diri baik2. Jadi isteri yang solehah. Jangan gaduh2. Etc.. ' terimakaseh mak. Sebab mak lah alg jadi seseorang sekarang ni. Alhamdulillah. Walau x sehebat orang lain, tapi alg taw mak tetap syg alg tak berbelah bagi kan kan.. >_< walaupun jarak memisahkan kita. Hubungan dunia akhirat ni insya Allah mendekatkan kita hari demi hari ♥
On tenet pagi2. Inbox fb dah penuh dengan notification bagai hee ada yang tanye kenapa tak leh post kat wall.. Dah lama dah kot set camtuh :) saje. Hee malas nak ubah. Tapi ini kalilah.. Kena ubah! Oppppsss *-*
Tengs ek korang. Ada yang tahun lepas wish. Continue by tahun ni. Sweet je.
Kat umah.. Cik2 osmet pae n fana wish selamat hari jadi ernie.. Alolo teringat suara lemah lembut diorang ni hee (:
Masa kat ofis lak.. Pagi2 cik lina, aisyah.. Sampai. Diorang2 wish n nyanyi lagu tapi tak abes hohooo... N ms.ker datang bagi adiah. Awww beg kaler puteh + pink.. So kiutt. Cam ladiess sangat kalau i pkai beg tuu Hehe ", tenkiu ms.ker! Tahun lepas punye adiah barang2 bodyshop pun tak guna lagi heee ~
Kul 9... Teruih rushing.. Kerja. Nak kena submit emel haritu jugak. Incik drafter i cuti. Jenuhh nk draw sendirik yang mana leh. N mintak tolong orang. aiyokk...
So.. Hp kena off.. Sebab bunyik banyak. . Terlupe nak silent (tumpang letak kat k.remy cian dia hee) pehtu battery nak low.. Petang nak lik jb. . Kena charge!
Lunch hour.. Diorang2. Geng mudamudi apecians treat me a lunch.. Kfc. Punye la diorang plan nak makan kat sana.. Kat sini. Last2 kfc. Sebab paling dekat kot. Hehe actually tak bape tau pe yang diorang plan. Tetibe si aira datang. 'ernie sorry kalau org tak dapat join nak lunch ni sbb nak jumpa kwn org jap' .. I pun blur. *Sebab dari tadi dok ke hulu ke hilir sebab laptop kena antar ofis bawah dok tumpang meja k.remy la kejap2 kat najelin *.
Bile masa ajak pergi lunch lua ni hahahaha.. Diorang pun tak btaw lak nak belanje besday girl makan luar.. Nak sepraise sepraise eh. Kalau taw. I pilih tempat best best best hohooo.. Makacehh naa korang. Nanti rindu tak kita? ",
Opss sebelum off hp.. Dapat call dari kawan2 lama.. Fidah. *kawan sekolah rendah ni* So sorry sangat tak dapat nak sembang lama.. Sebab memang sesangat mengejo masa yong! Tq taw taw♥
N next next... I baca masa nek lrt ke tbs. Ecewahh..
For the 1st time. Ada orang wat entry untuk saye lah! cik sha lalaaa... Ex-apecians.. B4 ni i selalu wat entry orang. la ni ada wat untuk i. Aww cam best rase bhahahaa tengs yg!
Sebenarnye memang nak cite satu satu satu..
I kan suke tulis panjang2. Tulis nota. Tu keje dari kecik hee. Btw jazikallahukhaira eh sume.. Im really appreciate it. ♥
Ada 1 mesej yang wat i sebak cket ialah from my incik drafter. Selama 2 tahun keje kat sini. Itu lah kawan gaduh. kiteorang tak pernah nye baik. Tapi dia baik sebenarye heee.. Sampai dia pernah wat i menanges tawww! aaaa... Rase nak tampo n cekik2 dia pun ada kalau masa gaduh2 tu. Kiteorang jadi rapat sebab selalu gaduh. Kadang2 ada hal (selain hal keje) yang boleh dikongsi. Boleh dimintak pendapat.
Kalau pasal keje usah kata lah..architect yang asyik change dwgs. Last minute nak ni nak tu. Client's comment. N so on. Kadang2 wat kiteorang 2 2 naik angin. Tapi sebenarnya all the comments yang ajar kiteorang jadi lebih teliti. Jadi lebih belajar untuk lebih cargas. (;
N saye dah pandai autacad sebab dia la ni weyh weyhhh.. Amend dwgs dah taw wat sendiri. Dulu kat u. Ntah pe tak taw hee :D
Najelin najelin. Jaga pae leklok ek..! Nk tunggu berita baek dari korang 1 fine day. . Wehuu ~
Ok lah. Nak share screen shots korang ni. jangan marah naa.. ! Terimakaseh di atas doa2 kalian. 'Semoga Allah memberi kebaikan ke atas kamu' = maksud untuk Jazakallah(untuk lelaki)/Jazakillah(untuk perempuan)
Barakallahufik!
Selamat hari jadi cik er.. Hehe
Xoxo,
Cik Er ♥
0 comment(s)
Thankyousomuch.
Thankyou.
Thankyou Allah..
For giving his love and Your love.
Lend me this guy for my other half.
For show me Your way.
Thankyou Allah.
For give me a new life.
Indeed.
I love him.
Much.
Thankyou Allah..
He brings me to You on my every single day.
I love him.
I love You my Al-mighty.
Alhamdulillah.
Tadi tertengok pic ni.. Masa ni last day nak balik dari Mabul nak ke jeti Semporna.
Kejap je dia dah tertido.
Letih agaknye. Penat. Melayan karenah cik isteri dia ni kot.. Maafkan saye T_T
Terimakaseh for everything! ♥
Terimakaseh awk sebab arrangekan the best cuti cuti Malaysia. Honeymoon.. Cengkonon ;) Terimakaseh sebab belanja saye.. Hehe kalau ada rezeki, saye pulew belanja awak ek.. Ek ;P
Pulau Mabul. Pulau Sipadan. Memang impian sang suami. Seronok dengar dulu dia cakap2. Bila dah sampai berganda2 seronoknya. Cantik sangat. Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.
Syukur.
Xoxo,
Cik Er.
Labels: mne
5 comment(s)
Sabtu lepas di Pasir Gudang.
Sabtu 2 minggu lepas di Sg. Siput Perak.
Sabtu 3 minggu lepas balik jb..
Incoming wiken ni inciksenget lak datang sini.
Ok.. Camtu lah rutin mingguan cik er..
Letih? Mestilah..penat. Tapi penat yang membahagiakan. Camtulah bila pjj. Bila wiken je leh menjalankan tugas sebagai seorang cik isteri. Baru dapat kemas umah. Kemas bilik sang suami. Masak je x selalu lagi. Sebab umi masak lagi soosodap. . Wehuu! Yang pasti baru dapat solat sama sama. Dari subuh sampai ke maghrib. Isyak? Saye bole jamak ",
Sabtu haritu... Ntah kenapa badan rasa cam flat gile cam bateri dah kong tu..kul8 lps solat2, mintak izin kat inciksuami nak tido kejap sebelum turun tengok tv. Tuppp terlena sampai tepat kul3pagi... Ermm. Gerak situ gerak sini..Dah takleh nak tido... Gerak dia.. Hehe sory awak ;P
Ohh. teringat.. kalau banyak sangat bergerak dia akan cakap 'awak ni macam ulat' harhar. Ulat pon booooleh lah :)
Kiteorang bangun solat dulu. Solat sunat tahajud. Pas tu solat sunat taubat.. Ni 1st time nak solat malam sama sama. Dari awal kawen dulu, teringin nak wat..tapi ni baru berkesempatan. Alhamdulillah. Nikmat dia lain. Lagi tenang. . Percaye lah.. ",
Pehtu lapar. Turun bawah cari makanan. Harharhar >_<
Betul. Solat itu tiang agama. Solat itu jugak memperkukuhkan sebuah perkahwinan. Perkahwinan yang dijaga dengan agama insya Allah akan membawa kita di jalan yang benar. Itu yang saya baca dulu. Dan yes. .infinity agree.
Dengar suara inciksuami baca setiap surah pun leh wat saye tersentuh apatah lagi aminkan doa dia baca. Doa bersama.
Pohon pada Dia.
Dan lepas salam. Kami akan pandang mata sama sama. (ececewahh) Masa tu lah setiap kali salam akan mintak maaf dengan dia..
*sepatutnye si isteri perlu mintak maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur-UAI*
Tapi saye tak buat wuuuu.. Awk semua kena buat eh.
Me.. Erm.erm.. Sebenarnya masa pandang mata dia tu..mata tu cam nak cakap. Meronta ronta mata tu nak lafazkan kat dia betapa rasa bersyukur sangat kerana dihadirkan seorang suami macam inciksenget tu.. Tapi adakalanya emosi keperempuan yang memang agak tinggi.. Membuatkan cik isteri ni boleh jadi sensitif untuk hal hal yang kecil.. Hal yang dia mungkin anggap remeh. ni lah perempuan seperti saye hukhuk. T_T
Kadangkadang rasa cam.. Arghhhh.. ...
Ok. Lupekan. Jangan serabut.
Nanti banyak benda tak leh nak wat. seteresss cam haritu. Aiyokkk..
Dan dan dan dan..sangatlah beruntungnya kawan2 yang duduk 1umah dengan suami lepas kawen. Contoh yang terdekat ialah puan dyla n fared.. Mesti leh solat sama hari2. Tak dapat setiap waktu, maghrib & Isyak pun ok kan..kalau tak dapat hari2. Setiap Wiken. Ataupun cuti. Best kan :)
Then..puan Dyla bole masak untuk incik fared. X kesah lah jadi o x.. Air tangan sang isteri kan lagi bermakna. .. Aisehh ~
Yeap. Usia perkahwinan kami baru je nak masuk 4bulan ujung bulan ni. Orang kata setahun jagung pun tak sampai lagi. Masih jauh perjalanan kami. Masih banyak ranjau & durinya.. Tapi sangat sangat nak share pasal kelebihan berjemaah ni. Satu. insyallah mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.. Dua. Dapat 27 darjat pahala solat jemaah. Tiga.. Malaikat suka dengan rumah yang ada rukuk & sujud. . Syaitan pun boleh lari.. Syaitan ni macam macam cara dia nak bagi manusia jatuh. Kan?
Kalau dulu kita di terumbang ambing, kita kena berubah. Ek. Mesti boleh.
Dan kepada kawan kawan yang belum berkahwin, carilah lelaki yang tunaikan solat. Yang dapat bimbing kita.
Inciksenget. . Walapun dia senget.. :) tapi dia tak senget dalam hal ni. Syukur. Sebab dia cuba untuk jadi seorang suami yang baik. Yang cuba bimbing cik isteri dia yang degil ni. dulu dia cam marah kenapa bawak beg besar2 tapi tak bawak telekung dalam beg tu.. Haha ok. Ok. Dah ada sekarang ni. Bawak pergi mana je..
Haaa. Tak degil kan ;P
Tapi tapi tapi inciksenget tu yang lagi deeggil huuuuu...
Ok.harap perkahwinan ini dirahmatiNya. Dilindungi dari anasir anasir luar.. Yang kita tak tahu rencam rempah ratusnya.
Dan kepada kawan kawan juga.. Papepun kite jangan cuba mengalah ek. Sama sama kita tegur & nasihat menasihati. :)
Ya Allah ya tuhanku, jika dia yang kau hadirkan untuk penemanku di Jannah,
Yang telah kau tentukan di ArashMu,
Kau tetapkan lah hati antara kami di jalanMu. Ameen.
Assalammualaikum.. ",
Ikhlas,
Cik isteri Inciksenget ♥ xoxo!
Labels: mne
7 comment(s)
0 comment(s)
Assalammualaikum..
Salam sabtu. !",
Pagi pagi tadi godek2 istag..ternampak cik nad post kiteorang sembang2 semalam kat group..untuk seketika i change the group name to kitekankawansukeduka..
Padahal semalam sibuk sibuk..xtaw diorang sembang pe..tetibe nak menyelit. ;O
Kawan. Sahabat.
Kenapa ek tetibe i nak menyelit. cakap camtu..jangan tacing lama lama.. Jangan pendam terlalu lama unleast kalau kita nak jadikan hal yang kita terkecil hati itu bertukar menjadi positif.
Fikirkan kenapa seseorang itu boleh bertindak macam tu. Ataupun kita kena fikir jugak apa yang kita dah wat kan kawan itu kecil hati.
Tapi kadang kadang masing masing tak tahu apa yang masingmasing rasa. Mungkin kita tak suka cara dia. Dia tak suka cara kita. Kita mungkin terlalu fikirkan diri sendiri. Kita mungkin nak yang terbaik untuk diri sendiri.
Kita mungkin terlupa ada hati yang perlu dijaga. Ye.. Orang selalu cakap :
'asyik nak jaga hati orang je, hati sendiri tak de sape jaga.'
'asyik nak ikut cara dia je, cara aku ni dia x nak ikut lak'
Ohh.. I pun penah rase camtu.. Itu la akibatnya bila kita sendiri tak fikir apa yang kita dah tercakap..cara percakapan kita..cara perlakuan kita.. Etc. Yang mungkin watkan seorang kawan itu berkecil hati.
Yeap. Saye hampir kehilangan seseorang yang pernah dianggap sahabat.. Mungkin untuk dapatkan kembali persahabatan seperti dulu takkan boleh. Sebab?
Bila salah satu pihak memendam perasaan yang terbuku di hati.. Bila bawak berbincang macam dah terlambat sangat sampaikan sang kawan dah terluah 'sudahlah, dah tawar hati dengan semua ni' .. Dah taknak ambil tahu n kalau lepas ni buat hal masingmasing pun takpe. T_T sedihh..
*teringat balik pun leh sebakkk ni wuuuu*
Ok. We both mengaku kesilapan n kecuaian jiwa. No komunikasi yang bagus.
Untuk kawan kawan.. Kita semua dah meningkat dewasa.. Kita sume memang ada jalan yang kita perlu harungi..dalam masa yang sama kita masing masing taknak kehilangan antara kita. Tapi harap kita kena tingkatkan cara pemikiran kita. Jangan terlalu ikutkan hati. Fikir lah sesuatu yang terjadi itu mesti ada sebab. Sebab itu kite kena fikir sendiri. Apa yang kita dah buat. Dan dengan setiap sebab itu ada hikmah nye. Dan setiap hikmah ada positif negatifnya. Pasti. Dengan setiap sebab yang berlaku. Sama ada kita di pihak positif ataupun negatif.
Sy taknak kehilangan kawan kawan..
Kawan sukeduke untuk apa saat sekali pun.
Tak kisahlah kawan dari zaman skolah dulu sampai ke zaman kerja.. Kawan baru kawan lama.
Ada certain orang dia kalau boleh kawan setakat masa tengah kenal je. After dah tak nampak muke. Terus dah tak nak amek taw. So..kite lah yg terhegeh hegeh saje kol nak tanye kabar. Mesej itu mesej ini.. Dia x de punye nak starting pe.
Emmm.. X nak jadi camtu..
Yes..setiap induvidu ada halnye masing masing. Mana taw nanti suatu hari kita sendiri pun hilang tanpa kabar berita...
And me pun akan berpindah ke jb next month. . Jauh dari kawan kawan.
Mungkin akan kenal dengan kawan baru. Ofismet baru. Tapi dah tak mungkin sama cam kawan kat ofis lama... ;(
But.. Life must go on..
Keep in touch!
Xoxo
Eem....hahha pebenda ntah dah merepek2 nih..
Maapkan sayeee *suara sinchan
Labels: kawankawan
2 comment(s) REWIND ME THE PASTMY SWEET FUTURE

Cheriteranya bergini..:
Saya Siapa?:
She is me:



Sayang banget ini orang:
Tag Harga:
Carta Hati: